Ahad, 18 April 2010

5 Wasiat Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w

| | 1 ulasan

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :


1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhl ah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."



sedikit lagi renungan:

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW
(di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda :

' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,

peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.

Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata.

Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.

Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.

Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.

Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

(HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).


wallahu'alam...
leer más...

Jumaat, 16 April 2010

Al-kisahnye....

| | 0 ulasan

Al-Fatihah Pembuka Bicara..

Al-KisaHNYA...

Pada suatu ketika, sebelum terciptanya Bani Adam di muka bumi ini, terdapat sejenis makhluk yang suka hidup dalam keadan bergaduh dan membuat kekacauan di muka bumi ALLAH.
Makhluk itu adalah JIn Dan Syaitaan yang sekarang ini satu golongan yang dilaknat ALLAH hinggalah ke hari kiamat.
Kemudian, ALLAH swt telah mengangkat sejinis bangsa jin yang bernama Azazil.
untuk hidup bersama sama Malaikat yang kuat beribadah kepada ALLAH swt.
Daripada makhluk yang suka bergaduh sesama sendiri, Azazil berubah menjadi makhluk ALLAH yang paling kuat beribadah dan terkenal di kalangan para malaikat di langit.
Azazil menjadi makhluk yang disayangi ALLAH kerana ketaatannya.
Malahan Azazil juga menjadi ketua kepada semua Malaikat.
Hal ini berkekalan sehinggalah satu ketika apabila ALLAH mencipta sejenis makhluk yang bernama MANUSIA.
Pada peringat awal penciptaan Adam as semua Malaikat mempersoalkan rasinol penciptaan itu.
walau bagaimanapun akhirnya semua Malaikat tunduk di bawah kekuasaan ALLAH lalu sujud kepada Nabi Adam as kecualil Azazil.
Bermula dari detik itulah, Azazil yang sekarang ini dkenali sebagai I.B.L.I.S laknatullah telah dibuang kebumi.
Lihatlah disebabkan keingkaran I.B.L.I.S dengan perintah ALLAH, lalu dalam sekelip mata darjatnya jatuh serta merta dan tiada lgi gelaran kehebatan diberikan kepada I.B.L.I.S, malah...menjadi musuh
orang yang beriman dan musuh ALLAH sehinggalah ke hari
Kiamat.

sama sama kita renung renungkan..dan fikir fikirkan..

Wasallam..

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."
^_^ Cakkk P0ngg....Cakkk P0ngg...^_^
leer más...

Rabu, 14 April 2010

Aku Takot..

| | 0 ulasan

AKU TAKUT!!!


Aku takut hantu!
Aku takut kena pecat!
Aku takut girlfriend aku lari! Aku takut tak da gaji!
Aku takut kalau dia tak suka! Aku takut nak tegur!
Aku takut nak cakap yang itu salah..!
Takut..! takut..! takut..!

Banyak sangat yang ditakutkan.
Dan ya, kau katakan kau takut kan Allah.

Kau takut Dia lupakan kau walau dalam masa beberapa saat. Haru biru hidup kau, ungu muka kau. Jadi putih mata kau.

Kau kata kau takut balasan dia. Takut masuk neraka. Takut dihisab pada hari setiap amalan diperlihatkan. Kau katakan lagi, kau takut Dia murka. Tak berani. Takut!!

Tapi..benarkah kau takut Dia?

Kau lagi takut hilang kekasih yang makhluk daripada hilang kekasih yang khalik (Pencipta)

Kau lagi takut hilang jawatan. Dan berani melanggar aturan Tuhan.

Kau lagi takut hilang penyokong. Sanggup mengata itu dan ini. Dan Kau tahu,itu bukan ajaran Tuhan mu yang turun sejak ribuan tahun lampau.

Kau tahu, Islam yang umurnya purba tak pernah purba dan tua dalam hidup. Dan kau tahu yang Islam ini adalah pedoman hidup mu.

Tapi kau lagi takut pada bukan yang sepatutnya.

Telah Dia ciptakan takut itu supaya untuk memberi mu peringatan. Tidak salah kau merasa takut. Tetapi salah kau meletakkan takut mu pada tempat yang salah.

Apakah benar takut pada Dia yang kau katakan itu. Atau kau hanya kata kau takut supaya tidak mahu orang lain kata kau tiada iman bertapak teguh dalam hati. Kau tahukah orang yang mengata itu, punya iman juga atau tidak?

Atau kau hanya mengata kau takut, supaya sedap hati kau. Supaya kau rasa terlepas dari belenggu karat pemahaman yang jahil?

Dan kau berani menentang takut kau pada Dia ,kerana hanya kau tidak nampak Dia dalam wajah Nya yang sebenar?

Dan kalaulah Dia menampakkan diri Nya,adakah kau akan terus berani menggunakan kata “TAKUT” itu?

Takutlah...





leer más...

Ayuh...hentikan lamunanmu..

| | 0 ulasan

Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.
Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana? Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit-sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...
ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dari diriMu ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah. Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah.
Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa-apa usaha pun ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.
Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala-galanya ya Allah.
Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah.
Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah. Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah. Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah.
Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.
leer más...

....sorry....

| | 0 ulasan




assalamu'alaikum. ...

sesungguhnya, ikatan yang dibina di atas nama Allah...Tuhan yang menggenggam segala jiwa makhlukNya.. .akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian....semata- mata untuk Allah melihat adakah ikatan itu dibina atas nama Dia...atau di atas kepentingan diri atau makhlukNya.. .



tidaklah seorang manusia itu sempurna..dan tidaklah pula ia dapat memuaskan hati seluruh makhluk yang berada disekelilingnya. ...itu tanda kebesaran Allah...tanda Kebesaran dan sifat kesempurnaannya tidak dapat di atasi oleh mana-mana makhluk yang dimilikiNya. ....

kadang-kadang , kita terkedu...terduduk seketika...apabila tindakan kita disalah ertikan oleh orang di sekeliling.. .kita mempunyai alasan bertindak demikian...alasan yang mungkin sukar untuk diluahkan... namun itu adalah untuk kebaikan semua....demi persahabatan itu...tetapi. ..rupanya sudah ada insan yang tawar hati...meluat. ..marah.. .kerana tidak mengetahui hal yang sebenarnya.. .tidak pula menyelidiki. ..makin menjauh...


"sahabat. .andainya kau mengerti...dan mengetahui apa sebenarnya disebalik tindakan itu....mungkin juga kau akan terduduk, menangis bersamaku... ."


oh...beratnya ujian persahabatan. ..kadang- kadang sukar untuk menerima.... .

namun...kita jangan lupa...


dalam kesukaran menerima seseorang... mungkin dia juga sebenarnya sukar untuk
menerima kita,



dalam perasaan dilukai...mungkin kita melukai dia sebelum ini,



dalam rasa meluat....mungkin dia juga sedang menelan rasa meluat terhadap kita...



dalam rasa hati yang semakin tawar...mungkin juga dia sudah lama tawar hati dengan sikap kita,


dalam rasa sukar memaafkan... mungkin dia juga sukar untuk memaafkan kita...
sahabat adalah cermin....

seandainya buruk engkau menilai sahabat...sebenarny a engkau buruk dalam menilai dirimu....

seandainya kejahatan sahaja yang engkau temui pada seseorang itu....hakikatnya engkau sedang menilai kejahatan yang ada pada dirimu...

namun, insan itu mudah lupa...perlu untuk diingatkan....kadang-kadang kita tidak tersedar rupanya kita yang merosakkan persahabatan. ..bukan orang lain....
muhasabah diri.....renungan buat diri...juga buat sesiapa sahaja yang membaca pesanan ini.... maafkanlah.. ...kerana memaafkan itu sebenarnya membunuh dendam...


maka...ubatkanlah hatimu....


*ingin memohon maaf diatas perbuatan yang mengguris... dan mohon dihalalkan segala yang terambil...

seandainya ada hutang....bagitahu ye...mungkin terlupa...

"selamat mengulangkaji....semoga berjaya di dalam peperiksaan akhirat dan duniamu..."

===semoga Allah memeliharamu dalam sebaik-baik jagaanNya===
leer más...

Pesanan Imam Al-Ghazali

| | 0 ulasan

jagalah hati...kerana akan rosak jika dihinggapi penyakit...hati yang aku bicarakan ialah hati nurani...


”Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu.



Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati),
”Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”



Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata,

”Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”



Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata,

”Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya.(maksudnya ia lebih baik dibandingkan dengan aku)”



Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata,

”Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat beserta dengan ilmuku maka Allah SWT akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini.”




Dan apabila engkau melihat orang yang kafir maka hendaklah engkau berkata,

”Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti ia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan ”husnul khatimah”(mati dalam keadaan yang baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk Islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan) roti sedangkan aku-wal iya zubillah(mudah-mudahan Allah memelihara kita) boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat petunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan ”su-ul khatimah” (mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang muqarrabin sedangkan aku kana diseksa di dalam api neraka.”
Nauzubillahi min zalik.
leer más...

semoga berjaya...

| | 0 ulasan


Assalamualaikum....cam biasa la,dkt2 ujong sem ni ade mende dtg pd kite...erm...nk xnk kene la tempuhi kn...ha...ni la lumrah kite hidup sbgai student kn..so kene la hadapi sume ni...sjak dr tabika lagi kite da jmpe ngn mende ni...nk dkatekn tiap2 taun la kte jumpe ngn mende ni...erm,,,so skang kite sume da beso n da pndai nk bhagi masa, beza baik bruk 2 seme.....
lau nk ekotkn ati ckup smpai fom5 je jmpe mende ni...hahaah....btol x??? lau xdk ag bagos asenye...ehhehe..tp xpe...mende ni hanye ujian kite d dnia, tu pun blom tntu najah ke x kn...tp ujian yg lbh besar sdg mnanti kite d akhirat sne nnti...ha....yg ni lg la beratnye, ntah pass atau fail....tpok dada tnye iman snirik...
papepn musim exam ni jwab la leklok,,mohon maaf pd mak ayah,teman2 sperjuangan sme yek...igt!!!! pkare wjib n sunat x lupe amalkan ye.....insyAllah jika kite x bkire dgn Allah, Allah pn xkn bkire dgn kite.........
leer más...

nO brApe??

Free Counters
Aku Insan Lemah



Aku insan lemah…

Yang sering lelah dalam nafasku sendiri
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
yang masih tercari-cari..
hidayahMu ya Ilahi

Aku insan lemah…
Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginnya embun pagi
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat

“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”
Kerana aku insan lemah…


Nasyid.fm

08. 09. 10. 11. 12. 13. 14. 32. 33.
Foto saya
kuala terengganu, terengganu
Bekas pelajar SKKT,SMA AL-KHAIRIAH dan KULLIAH ALLUGHAH WADDIN.. Sedang menyambung Ijazah sarjana muda dalam jurusan Dakwah di UDM(KUSZA)...

Pengikut

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Con imágenes de: Scrappingmar©

 
Ir Arriba